Sistem Temujanji Kaunter Setempat Perbadanan Labuan


SET TEMUJANJI


Soalan Lazim

Soalan Lazim

FAQ Sistem Temujanji Kaunter Perbadanan Labuan

Perkara wajib yang perlu anda maklum/faham sebelum membuat janji temu

    • Perkhidmatan kaunter yang buka hanyalah bagi tujuan URUSAN PELESENAN, PEMBAYARAN (sewaan, bil kadaran, kompaun), PEROLEHAN dan URUSAN KAD KESIHATAN sahaja.
    • Bagi urusan PENGURUSAN HARTA, LESEN ANJING, E-KASIH DAN SEWAAN KEMUDAHAN AWAM, adalah tidak beroperasi buat sementara waktu.
  • Pastikan e-mel anda aktif dan boleh di akses bagi tujuan pengesahan, pembatalan dan kemaskini. Notifikasi mengenai temujanji anda akan dihantar melalui emel. Oleh itu, alamat emel yang di isi hendaklah tepat dan boleh menerima emel.
  • Sila bawa bersama notifikasi emel anda di telefon bimbit) dan tunjukkan pada petugas kaunter
  • Sela masa bagi setiap perkhidmatan yang ditawarkan buat masa ini adalah selama 15 minit (bayaran), 20 minit (perolehan), 15 minit (kad kesihatan), namun 30 minit sela masa akan diberikan bagi Urusan Pelesenan
  • Petugas kaunter hanya melayani pelanggan yang membuat temu janji sahaja. Namun, sekiranya terdapat pelanggan OKU, Warga Emas dan Ibu Mengandung, mereka akan diberikan keutamaan.

Bagaimana untuk membuat permohonan janji temu?

Permohonan boleh di buat melalui pautan https://temujanji.pl.gov.my

Perkara yang wajib anda pastikan sebelum datang ke kaunter

  • Sihat dan tidak begejala (demam, batuk, selesema)
  • Pastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter
  • Memastikan anda telah menggunakan hand sanitizer sebelum berurusan (masuk dan keluar)
  • Imbas Kod QR mySejahtera sebelum anda dibenarkan masuk
  • Ambil nombor giliran anda, petugas akan membantu anda.
  • Tunggu sehingga anda dipanggil ke kaunter

Perkhidmatan yang perlu dibuat janji temu?

Semua perkhidmatan melalui kaunter buat masa ini adalah bagi Kutipan Bayaran,  (sewaan harta, bayaran bil kadaran harta dan kompaun), Urusan Pelesenan, Kaunter Perolehan dan Urusan Kad Kesihatan (bermula 26 Julai 2021) sahaja.

Bolehkah tarikh janji temu diubah?

Boleh, anda perlu mengubah temujanji anda ini dengan membatalkan temujanji terdahulu (temujanji terdahulu boleh diklik melalui pautan yang di telah hantar pada emel). Ikuti arahan selanjutnya untuk mengemaskini temujanji anda.

Maklumat yang perlu disi oleh pemohon?

Semua medan adalah wajib di isi masuk oleh pemohon.

Talian bantuan Kaunter Setempat

No telefon (pejabat): 087-408600/087-408601

Emel: [email protected]

Talian bantuan teknikal/pertanyaan mengenai sistem sahaja

No telefon (pejabat): 087-412606

Emel: [email protected]

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kaunter Setempat Perbadanan Labuan

Bayaran

Kaunter bayaran bagi sewaan premis, bil cukai kadaran dan kompaun

Perolehan

Pembelian dokumen tender dan sebutharga

Urusan Pelesenan

Permohonan lesen perniagaan baharu, pembaharuan lesen perniagaan, pertukaran maklumat perniagaan.

Pelbagai

Pengurusan harta, sewaan kemudahan awam, lesen anjing

Kad Kesihatan

Permohonan/pembaharuan kad kesihatan sahaja. Bagi lesen milikan haiwan peliharaan, kaunter ini belum di buka.

Perolehan/Jualan Tender

Penjualan sebutharga dan tender Perbadanan Labuan

Kompaun/Clamping

Kaunter pembayaran/pertanyaan bagi kompaun yang dikeluarkan oleh PL

Kemudahan Awam

Sewaan kemudahan awam PL seperti dewan dan gelanggang

e-Kasih

One-stop centre bagi program bantuan e-Kasih

kaunter setempat PL

Waktu Operasi
Kaunter Setempat Wisma PL

Sukacita dimaklumkan bermula pada 4 Ogos 2021 (Rabu), waktu operasi Kaunter Setempat Wisma PL akan dibuka pada jam 8:00 pagi sehingga 4:00 petang.  Tiada lagi kaedah menggunakan temujanji bagi setiap urusan yang melibatkan kaunter di PL.

  • ISNIN-JUMAAT
  • 8:00 pagi – 4:00 petang
  • 087-408600 / 087-408601

Pembayaran secara online masih boleh dilaksanakan melalui saluran CIMBClicks, Pos Online, Maybank2u, bankislam.biz dan Jompay